alia_syahadah@yahoo.com.my
Wahhh....korang semua..ni sy nak kongsi la kan kisah2,tragedi2,epilog silam zaman kita kecik2 dulu...
best kan kalo kita ingat balik?apa yang kita tahu,main..makan..tido..p sekolah..tu pun kalo x suruh p.x p kot..hehehe..zaman kanak2 memang best sangat..bila dah besar mcm skarang,baru la tau nikmat jd budak kecik..huhu..jom..bertukar jadi "kanak2 rebina"...(propa jer..)

Sy nak kongsi 1 cite ni,zaman2 jahiliah dulu..zaman kanak2 yg dalam proses tumbesaran...
nama pun budak2 kn..akal pun kurang...semua keje jalan,x pakai otak..hehe..
Masa tu,umur sy 6 ke 7 tahun ntah..x pasti..tp masa awal sekolah rendah la..
nak dijadikan cerita..ari sabtu..masa 2 dh nk masuk tengahari dah..matahari pun dah tegak atas kepala..
biasa la..budak2 nie,kalo x disuruh mandi,mmg xkan mandi..sampai sudah x mandi..(haru betul la..)
sibuk btul sy ngn adik menengok kartun kt tv..masa tu kartun kat tv yg paling malatop skali cite dragon ball ngn sailormoon...perghh..mmg best la..x senang duduk..siap hafal lagu dia lagi..
koleksi buku2 dragon ball mmg complete la..hidup dragon ball!...

Tgh syok2 tgk dragon ball yg berulang2 citenyer kt tv tu,tiba2 suara mak kedengaran dan berkata begini.."alia, p la mandi..suh adik tu mandi skali,udah2 la tv nyer tu,ptg karang plak (loghat perak sket..huhu)
sy ngn adik wat "dek" je..mcm xde ape yg berlaku..syok sgt tgk dragon ball kn..
setengah jam lpas tu plak.."aliaaaaa..x mandi lg ke? dh msuk zohor dah nie..melampo btul la kamu berdua nie..tutup tv tu,g mandi..selagi x suruh tutup tv,berlemak2 kamu nie!..." sekali mak sound thriller..
perghh..kecut trus..mak dah la garang (ayah tentera,tp x la garang sgt,tp mak...garang tau..)
kami berdua pun terhegeh2 cari towel p mandi..berterabur lari (tau takut)

Ni crita seterusnya kat bilik air plak...sy ngn adik sbenarnya nk basuh kasut sekolah dulu sblum mandi..lalu kami berdualah yg ada dlm blik air tu,sental la kasut sekolah tu sampai bersih.kasut sy bleh tahan lagi,tp kalo kasut adik..mmg parah la..kalo dia x pijak lopak air,mmg x sah..nama jer pompuan..kalo nk sental kna rendam ngn "clorox" dlu..(otai btul minah ni).lpas tu,tiba2 sy ngn adik dapat 1 idea best..
dlm blik air kteorg ada 1 kolah besar..besar mcm yg ada kat masjid2 @ surau tu...lalu adik berkata"jom,nk x?kte masuk dlm kolah tu,main air..". lalu kakanya pn yg 2x5 setuju aje "jom la masuk dlm kolah"

Lalu kami berdua masuk la kt dlm kolah air tu.sesuka hati je kteorg berenang-renang,main air..siap wat kuak lentang,renang irama,mcm2 lg la..(korang x tau ke kolah  tu tempat air bersih..nk mandi,bkn utk brenang..adoiii).tgh leka wat kuak lentang tiba2 pintu blik air diketuk kuat..ahh sudahh..mak dh dtg!
"wooiii,korang wat ape dlm tu ha?x dengar bunyia air mandi pun?"..masa tu dh tau dah blasannyer akn mnanti..huhu..mak pn trus bukak pntu blik air..mak tercengang,kami berdua pn terngaga.."waaaa"
"Ya Allah,pe kamu buat ni?aku suruh mandi,bkn berenang dlm kolah tu...memang nk kena la kamu ni..kluar cepatt!!.." berderau darah kami..huaaa...
memang takut sgt waktu tu,salah sape?adik yg mengajak kakak ke,x pun kakaknyer yg sama je 2x5 join skali?hik..hik..

-ni pokok nangka yg dikatakan..besar kn buah dia..tp masa dlu kecik jela pokok nie,skarang org kg berebut tau nk buah tu wat gulai..heh!-




Balasan drpd perbuatan x bermoral sy ngn adik tu,kami kna ikat kat pokok tau..waaaa..malunyer..xtau nk letak muka kt mne waktu 2..nangis mmg sah la kan..kna ikat kt pokok nangka kt belakang umah..waduhh..bisa rasanya...bukan kna ikat je,tp air kolah yg kteorg wat berenang sakan td mak amik curahkan kt kteorg..mmg sentiasa basah la kami berdua waktu 2..mmg mak naik angin btul masa tu..
yela..air kolah tu kn dh kotor,sape nk guna lg,kna la buang..kn dh mmbazir air 1 kolah besar tu...
malu gler tau..dh la kna ikat,kna curah air plak  tu..nyesal x sudahh..isk..isk.isk..

Kami kna ikat smpai nk msuk maghrib tau..masa nk masuk ptg tu,ada la sorg abang kt kampung sy tu.
abg asyraf nama dia..kami kawan mengaji sekali..masa tu dia la prasan kteorg kna ikat kt pokok..sbb masa tu dia ngah lalu kt sepanjang umah kteorg..lagi la malu..xtau nk letak mana dah muka.tunduk jela..
nampak dia ngah meng"gelak"kan kami..menyirap btul rasanya..huh!rasa nk tampo je..grrrr!!!



-ni budak yg join venture sekali masuk kolah wat kuak lentang..dia yg ajak..abez sume kna ikat daa..-





Mak melepaskan ikatan tgn kami masa nak masuk maghrib...masa tu xtau nk ckp ape dah..mak mmg marah,kelu lidah sy ngn adik..mak pn wat x tau je.masa tu ayah xde,ayah kje jauh..tentera kan..kalo ayah ada,dia mesti backup kami..huhu..
 
mlm tu sy ngn adik tdo awal..yela..penat kn seharian berdiri kt pokok..kna ikat plak tu...memang seksa rasanya...nasib baik pokok tu xde kerengga ke,semut ke..hua..hua...hua..

Kenangan yg sangat x dpt lupa sampai skang tau..bila igt blk,gelak sorang2..tu jela pengalaman pertama n terakhir kna ikat kt pokok..tobat x wat dah..moralnya,korg jgn sesuka jiwa je mengotorkan air dlm kolah umah korg(kalau yg ada kolah la,sy ni duk kg je..xde shower2 ni..)byangkan air 1 kolah tu kna buang kalo dh kotor,membazir la kna buang air tu pastu kna isi ngn air baru dan suci..hehehe..

So,korang sume mesti ada gak kenangan pahit masa korang kecik2 dlu..lagi dasyat kot..hehehe
cuba igt balik..mesti tergelak sorg2 kat dlm blik..kelakar x "hingat"..wahahahaha...
Time kasih sudi baca citer kanak2 ribena sy ni..
alia_syahadah@yahoo.com.my
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......



"Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka
terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan
soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat
dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya
mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah,
boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang.

Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.
alia_syahadah@yahoo.com.my

 
>KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
>"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
>kesanggupannya."
>-Surah Al-Baqarah ayat 286


>RASA FRUST?
>"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula
kamu bersedih hati, padahal
>kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."
>- Surah Al-Imran ayat 139


>BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

>"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu (menghadapi segala
>kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara
yang berkebajikan), dan
>kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan
>perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah- daerah
>sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
>kemenangan)."
>-Surah Al-Imran ayat 200

>"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
>sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
>orang-orang yang khusyuk"
>-Surah Al-Baqarah ayat 45


>APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
>"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2
mu'min, diri, harta mereka dengan
>memberikan syurga utk mereka... ..
>-Surah At-Taubah ayat 111

>KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
>"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku
>bertawakkal."
>-Surah At-Taubah ayat 129

>AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

>"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada
>berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir."
>-Surah Yusuf ayat 12


MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC -


KENAPA AKU DIUJI?
>"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan; "Kami
>telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah
>menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
>benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2
yg dusta."
>-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


>KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?
>"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh
>jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia
amat buruk bagimu, Allah
>mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
>-Surah Al-Baqarah ayat 216

ANUGERAH ILAHI

When Allah created son and daughter, He took special care to find the precious treasure that would make them the smile of angles. He took a bit of stardust to make bright and twinkling eyes and He fashioned them from sugar and a little bit of spice...Let them grow with a lot of loving, education and training, guidance and good way of life.

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Ya Allah .. sedetik, seminit, sehari, seminggu, sebulan, setahun, hingga hari ini. Engkau hidupkan kami. Engkau hidupi kami. Engkau kenalkan kepada kami akan kehidupan. Engkau tampilkan siang dan malam. Engkau hadirkan gelap dan terang, sedih dan suka, serta hidup dan mati, buat menghubungi antara Engkau dan kami. Ya Allah .. keindahanMu Qadim. KeagunganMu Tinggi. Kekuasaan dan PenguasaanMu Maha. KeindahanMu berpadu dengan kemuliaan. KeagunganMu berpadu dengan keluhuran. KebesaranMu tak pernah berakhir. KeindahanMu pesona hati. KeagunganMu meningkatkan cinta.
alia_syahadah@yahoo.com.my
Bila dilanda musibah,
Hati tabah mula rebah,
Jangan biarkan dugaan,
Rapuhkan pedoman hidup,
Andai waktu itu tiba,
Semaikan sifat bersabar,
Hanya DIA saja menentu,
Dan kita hanya mampu sujud...

Perjalanan diri melengkapi semua kembara,
Singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia,


ANAK...Anugerah yang tidak ternilai...

 

Tiada apa yang dapat digambar apabila melainkan gembiranya seorang ibu apabila mendengar tangisan bayinya yang mula menjengah dunia saat kesakitan dialami semasa melahirkannya.Anugerah yang diberi oleh Allah itu amat bernilai.Anak ditatang ibarat minyak yang penuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Namun masih wujud gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.Anak yang baru dilahirkan dibuang di tepi jalan,di dalam tong sampah dan ada juga yang tegar ditinggalkan di dalam hutan dan semak sehingga menjadi santapan binatang buas.


Astaghfirullahal a'zim...
Kemanakah hilangnya pedoman diri?
Apakah yang bermain di fikiran mereka ketika anak itu dibuang?
Tidak takutkah mereka terhadap pembalasan Tuhan?
Tegarnya mereka melakukan perkara sedemikian terhadap bayi yang tidak berdosa itu...


 Ada ketikanya, bayi baru dilahirkan ditamatkan riwayatnya dengan cara hina seperti dibuang di sungai, tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya. Ada pula bernasib baik, bayi itu ditinggalkan di tempat selamat dan akan ada yang mengambilnya.  Tiada petanda atau kayu ukur mengatakan bilangannya kian berkurangan. Secara moralnya, kedua-dua perbuatan adalah terkutuk dan tidak bermoral.
Sebenarnya, gejala pembuangan bayi adalah cerminan daripada gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan sekelompok masyarakat hari ini, tanpa mengira kaum atau agama. Masyarakat kita sedang melalui satu fasa genting. Persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan.

Buang bayi ibarat membunuh
Bayi yang dilahirkan sempurna sifatnya layak diiktiraf sebagai manusia normal yang mendapat perlindungan undang-undang seperti manusia lain. Cuma seorang bayi tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mempertahankan dirinya baik dalam bentuk tenaga ataupun tutur kata. Membuang bayi yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal adalah satu perbuatan membunuh manusia.

Kalau kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, tidak ada bezanya dengan kesalahan membuang bayi yang membawa kepada kematian kepada bayi itu.

Hukuman penjara boleh dipraktikkan jika bayi ditemui dalam keadaan masih bernyawa. Tetapi cadangan untuk mengheret kedua-dua manusia kejam ke muka pengadilan amat tepat. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.

Mari tengok video dari Mestica...Kejam..Bayi dibuang merata-rata macam sampah...
WAJAH SUCI - MESTICA -



Tepuk dada tanya pada selera anda...Sedangkan haiwan sendiri sanggup menjaga anak-anak mereka, menyayangi mereka,melindungi mereka, walaupun mereka tiada perasaan seperti manusia, inikan pula manusia sendiri? Butanya hati mereka...

Kadang-kadang kita sesama sendiri tidak faham apakah yang berlaku pada dunia kini? Apabila hati telah dikawal oleh nafsu, manusia sudah terlalu jauh dengan lindunganNya. Lafaz-lafaz cinta cukup mudah ditutur apabila sepasang lelaki dan wanita sedang leka dibuai asmara cinta. Semunya hanyut ke lembah hina dibawa oleh hasutan syaitan durjana. Kerana kasih mereka tersasar tujuan dan pedoman hidup sehinggalah lahir zuriat yang bukan diingini.

Lalu pasangan kekasih buntu dalam mencari jalan penyelesaian,dan kata putusnya zuriat itu dilempar di jalanan tanpa belas ihsan insani. Kejamnya...Mengapa mereka dibiar begitu sahaja. Sampai hati anak kecil itu dibuang sesuka hati.Belum sempat si kecil itu melihat dunia, apalah dosanya. Sayu, pilu, sedih, kecewa melihat tubuh kecil mereka dibuang begitu sahaja, seperti tiada nilainya mereka disisi manusia. Mereka tidak berdosa, wajah suci mereka dinodai. Dimana hak mereka di dunia? Belum sempat memanggil ibu, belum sempat menghirup udara segar...
Namun disisi Allah mereka sungguh mulia, bagai sehelai kain putih yang belum dicemari. Mulianya kedudukan mereka diangkat di syurga sana...Wallahua'lam.

INSAFI KEJADIAN DIRI...INGAT SETIAP PERBUTAN ADA BALASANNYA..
BERTAUBATLAH MEREKA YANG HINA...