alia_syahadah@yahoo.com.my
PISANG...banana..mauzun..hehehe..sume sama je makna dia..sedap kn?hehehe
Pisang ni bukan je sedap,tp banyak btul khasiat n kegunaannya...
Dr puncak pokok pisang tu,sampailah ke batang pisang tu pun bleh wat utk pelbagai kegunaan...


Sejarah Pisang
Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.

Korang baca khasiat pisang nie..satunya2 buah yg ada semua vitamin pisang tau..makanlah pisang..
Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat. Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.
 
Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.

Masa kita still zaman budak-budak kampung dulu, mungkin akan  teringat tentang kisah lama membuat rakit menggunakan batang pisang.. Dengan kadar keterapungannya dan mudah dicari zaman-zaman ‘adventure’ meredah sungai dengan rakit adalah satu kemestian budak-budak kampung..
Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
 


 Antara khasiat buah pisang untuk kesihatan manusia ialah:


Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
(so,kepada kawan2 yg tgh tensen wat assignmnt tu,cepat2 la korg  beli pisang..makanlah dgn tenang)
Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).(wow..pisang utk jadi otak cerdik..so stop2 la mkn asam2 ye..bawak pisang masuk kelas,kn elok...)

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.(lalu x ek kita makan pisang campur plak susu pas2 madu?...try dulu mna tau meletup rasanya..)
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.(sure pas ni kulit muka korg licin je,xyah pkai fair n lovely..)
Selain tu,resipi drp buah pisang ni pun banyak tau...kita bleh buat pisang goreng,cucur pisang,kek pisang,pengat pisang,lepat pisang,jantung pisang plak leh rebus makan lak ngn sambal belacan..perghh..sodapnya sampai x tdo malam..huhuhu...


 
 
P/S: Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!   

alia_syahadah@yahoo.com.my


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis. Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
 Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
alia_syahadah@yahoo.com.my

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama
dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.
(Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185)

                                           
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. 
(Rujuk surah al-A'raf ayat 179 )
KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling     tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
kesimpulanya ialah :
 

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
MATI
Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
MASA LALU
Apakah yang paling besar di dunia?
NAFSU
Apakah yang paling berat di dunia?
MENANGGUNG AMANAH
Apakah yang paling ringan di dunia?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yang paling tajam di dunia?
LIDAH MANUSIA
alia_syahadah@yahoo.com.my
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
  • Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa lega apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
  • Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Emmm..lelaki kat luar sana tu sama ke dlm statement ni?kalo korang rasa ada ciri2 kat dlm statement ni memang bagusla...setialah pada pasangan sebab itulah yang terbaik..Lelaki dicipta utk wanita,Wanita pula utk lelaki..Jangan pilih jalan hitam..hehe..jgn marah..Renung2kan dan selamat beramal...

Jap2..sebelum tu try tgk formula nie.."wanita adalah masalah?"yeke?kaji la teori kalo korang pandai maths..hehe..sy dah kaji..byk tentangan drpd pihak ppuan..hehe..

Hehe..jgn pening2..ni teori sesaje je..ada lelaki kata ppuan penyebab masalah hidup diorang..ppuan plak kata lelaki bawak masalah dlm hidup..tepuk dada tanya selera..heee...yg penting lelaki dan wanita sama memerlukan..Ada Wanita di sebalik kejayaan Lelaki .

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian & cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

Wanita juga penyebab tewasnya lelaki.Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
alia_syahadah@yahoo.com.my




-BUNGA...cantik tau..salah satu ciptaan Maha Esa yang cukup mempesonakan..bunga menenangkan minda,fikiran,jiwa..Tekanan pun hilang kalo kita tegok bunga.Bunga datang dlm pelbagai warna,jenis,struktur,bentuk dsb...
tengoklah bunga2 kat page nie..mesti korang rasa terus nak pegi Cameron Highlands..hehehe-
ada  jugak bunga yg dalam page ni xde dlm Malaysia,best kan kalo dpt pegi Belanda,negara terbesar pengeluar bunga dunia..antaranya tulip..cantik kn tulip.unik..
Meh la tgk bunga2 kat bawah nie..


Kawan2..suka bunga x?lelaki kurang la kot.kalo perempuan yg suka bunga tu,jom la join saya..saya antara salah sorg penggemar bunga tau..bunga ni bagi kita inspirasi..minda kita tenang je.cuba kalo ada bunga kat
tgn korang,tenung je bunga tu,tengok struktur dia..cantik..indah ciptaanNYA..


-tulip oren ni ada kat negeri omputih sana nun..cmna nk dapat ek?best tol kalo leh letak kt ruang tamu..hehe-



-sukanya ros putih ni..bersih je..sucikan hati..heheh-






-buah strawberi..wahh..sedap bangat nih..ble nk p cameron highlands nih?saje letak sebab warna dia memukau..wow!-





-ni bunga ape ek??..orkid kan..emm..dlu ade la kat umah,tp sbb xde sape nk jga,dia layu..so dh x de bunga ni kat umah..huhu-


-orkid ni sebijik rupa dia mcm kt laman rumah dlu,tp tu dulu,skang dh tinggal pasu je..heh!-


-best betul la kalo dpt jalan2 kt tepi tasik tu,byangkan jela..bunga apa yg ungu tu ek?mcm balung ayam je..heee-




RoSeS fLoWeRs