alia_syahadah@yahoo.com.my
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
  • Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa lega apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
  • Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Emmm..lelaki kat luar sana tu sama ke dlm statement ni?kalo korang rasa ada ciri2 kat dlm statement ni memang bagusla...setialah pada pasangan sebab itulah yang terbaik..Lelaki dicipta utk wanita,Wanita pula utk lelaki..Jangan pilih jalan hitam..hehe..jgn marah..Renung2kan dan selamat beramal...

Jap2..sebelum tu try tgk formula nie.."wanita adalah masalah?"yeke?kaji la teori kalo korang pandai maths..hehe..sy dah kaji..byk tentangan drpd pihak ppuan..hehe..

Hehe..jgn pening2..ni teori sesaje je..ada lelaki kata ppuan penyebab masalah hidup diorang..ppuan plak kata lelaki bawak masalah dlm hidup..tepuk dada tanya selera..heee...yg penting lelaki dan wanita sama memerlukan..Ada Wanita di sebalik kejayaan Lelaki .

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian & cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

Wanita juga penyebab tewasnya lelaki.Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
4 Responses
  1. Jgn salah sangka..
    bukan laki je leh bca page ni..ppuan pun di galakkan..sy sendiri yg minat nk bongkar rahsia lelaki..hehehe..jgn marah..hehehe..


  2. nice statement..
    psni korek lbh byk lg psl laki ye..
    kasi scan habis..
    huhuhuhu


  3. aliasyahadah Says:

    hehehe...i will
    juz wait and see..
    all for u..hehehe


  4. ifah Says:

    salam alaik....
    menarik....lepas nie kaitkan dengan pengorbanan muslimin dan muslimat kepada Islam.