alia_syahadah@yahoo.com.my
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......



"Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka
terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan
soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat
dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya
mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah,
boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang.

Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.
alia_syahadah@yahoo.com.my

 
>KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
>"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
>kesanggupannya."
>-Surah Al-Baqarah ayat 286


>RASA FRUST?
>"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula
kamu bersedih hati, padahal
>kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."
>- Surah Al-Imran ayat 139


>BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

>"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu (menghadapi segala
>kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara
yang berkebajikan), dan
>kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan
>perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah- daerah
>sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
>kemenangan)."
>-Surah Al-Imran ayat 200

>"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
>sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
>orang-orang yang khusyuk"
>-Surah Al-Baqarah ayat 45


>APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
>"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2
mu'min, diri, harta mereka dengan
>memberikan syurga utk mereka... ..
>-Surah At-Taubah ayat 111

>KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
>"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku
>bertawakkal."
>-Surah At-Taubah ayat 129

>AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

>"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada
>berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir."
>-Surah Yusuf ayat 12


MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC -


KENAPA AKU DIUJI?
>"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan; "Kami
>telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah
>menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
>benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2
yg dusta."
>-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


>KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?
>"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh
>jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia
amat buruk bagimu, Allah
>mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
>-Surah Al-Baqarah ayat 216

ANUGERAH ILAHI

When Allah created son and daughter, He took special care to find the precious treasure that would make them the smile of angles. He took a bit of stardust to make bright and twinkling eyes and He fashioned them from sugar and a little bit of spice...Let them grow with a lot of loving, education and training, guidance and good way of life.

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Ya Allah .. sedetik, seminit, sehari, seminggu, sebulan, setahun, hingga hari ini. Engkau hidupkan kami. Engkau hidupi kami. Engkau kenalkan kepada kami akan kehidupan. Engkau tampilkan siang dan malam. Engkau hadirkan gelap dan terang, sedih dan suka, serta hidup dan mati, buat menghubungi antara Engkau dan kami. Ya Allah .. keindahanMu Qadim. KeagunganMu Tinggi. Kekuasaan dan PenguasaanMu Maha. KeindahanMu berpadu dengan kemuliaan. KeagunganMu berpadu dengan keluhuran. KebesaranMu tak pernah berakhir. KeindahanMu pesona hati. KeagunganMu meningkatkan cinta.
alia_syahadah@yahoo.com.my
Bila dilanda musibah,
Hati tabah mula rebah,
Jangan biarkan dugaan,
Rapuhkan pedoman hidup,
Andai waktu itu tiba,
Semaikan sifat bersabar,
Hanya DIA saja menentu,
Dan kita hanya mampu sujud...

Perjalanan diri melengkapi semua kembara,
Singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia,


ANAK...Anugerah yang tidak ternilai...

 

Tiada apa yang dapat digambar apabila melainkan gembiranya seorang ibu apabila mendengar tangisan bayinya yang mula menjengah dunia saat kesakitan dialami semasa melahirkannya.Anugerah yang diberi oleh Allah itu amat bernilai.Anak ditatang ibarat minyak yang penuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Namun masih wujud gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.Anak yang baru dilahirkan dibuang di tepi jalan,di dalam tong sampah dan ada juga yang tegar ditinggalkan di dalam hutan dan semak sehingga menjadi santapan binatang buas.


Astaghfirullahal a'zim...
Kemanakah hilangnya pedoman diri?
Apakah yang bermain di fikiran mereka ketika anak itu dibuang?
Tidak takutkah mereka terhadap pembalasan Tuhan?
Tegarnya mereka melakukan perkara sedemikian terhadap bayi yang tidak berdosa itu...


 Ada ketikanya, bayi baru dilahirkan ditamatkan riwayatnya dengan cara hina seperti dibuang di sungai, tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya. Ada pula bernasib baik, bayi itu ditinggalkan di tempat selamat dan akan ada yang mengambilnya.  Tiada petanda atau kayu ukur mengatakan bilangannya kian berkurangan. Secara moralnya, kedua-dua perbuatan adalah terkutuk dan tidak bermoral.
Sebenarnya, gejala pembuangan bayi adalah cerminan daripada gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan sekelompok masyarakat hari ini, tanpa mengira kaum atau agama. Masyarakat kita sedang melalui satu fasa genting. Persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan.

Buang bayi ibarat membunuh
Bayi yang dilahirkan sempurna sifatnya layak diiktiraf sebagai manusia normal yang mendapat perlindungan undang-undang seperti manusia lain. Cuma seorang bayi tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mempertahankan dirinya baik dalam bentuk tenaga ataupun tutur kata. Membuang bayi yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal adalah satu perbuatan membunuh manusia.

Kalau kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, tidak ada bezanya dengan kesalahan membuang bayi yang membawa kepada kematian kepada bayi itu.

Hukuman penjara boleh dipraktikkan jika bayi ditemui dalam keadaan masih bernyawa. Tetapi cadangan untuk mengheret kedua-dua manusia kejam ke muka pengadilan amat tepat. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.

Mari tengok video dari Mestica...Kejam..Bayi dibuang merata-rata macam sampah...
WAJAH SUCI - MESTICA -



Tepuk dada tanya pada selera anda...Sedangkan haiwan sendiri sanggup menjaga anak-anak mereka, menyayangi mereka,melindungi mereka, walaupun mereka tiada perasaan seperti manusia, inikan pula manusia sendiri? Butanya hati mereka...

Kadang-kadang kita sesama sendiri tidak faham apakah yang berlaku pada dunia kini? Apabila hati telah dikawal oleh nafsu, manusia sudah terlalu jauh dengan lindunganNya. Lafaz-lafaz cinta cukup mudah ditutur apabila sepasang lelaki dan wanita sedang leka dibuai asmara cinta. Semunya hanyut ke lembah hina dibawa oleh hasutan syaitan durjana. Kerana kasih mereka tersasar tujuan dan pedoman hidup sehinggalah lahir zuriat yang bukan diingini.

Lalu pasangan kekasih buntu dalam mencari jalan penyelesaian,dan kata putusnya zuriat itu dilempar di jalanan tanpa belas ihsan insani. Kejamnya...Mengapa mereka dibiar begitu sahaja. Sampai hati anak kecil itu dibuang sesuka hati.Belum sempat si kecil itu melihat dunia, apalah dosanya. Sayu, pilu, sedih, kecewa melihat tubuh kecil mereka dibuang begitu sahaja, seperti tiada nilainya mereka disisi manusia. Mereka tidak berdosa, wajah suci mereka dinodai. Dimana hak mereka di dunia? Belum sempat memanggil ibu, belum sempat menghirup udara segar...
Namun disisi Allah mereka sungguh mulia, bagai sehelai kain putih yang belum dicemari. Mulianya kedudukan mereka diangkat di syurga sana...Wallahua'lam.

INSAFI KEJADIAN DIRI...INGAT SETIAP PERBUTAN ADA BALASANNYA..
BERTAUBATLAH MEREKA YANG HINA...